KECEKAPAN TENAGA
P ENGENALAN Di negara Malaysia,lebih daripada 90% tenaga yang digunakan adalah dari tenaga elektrik . Tenaga elektrik ini pula dijanakan daripada sumber-sumber asas seperti tenaga hidro,gas asli,minyak mentah dan arang batu . Sumber-sumber ini yang dinamakan tenaga lazim akan luput mengikut peredaran masa kerana tenaga seperti ini tidak boleh diperbaharu . Oleh yang demikian, tenaga elektrik perlu digunakan secara cermat dan bijaksana . Manusia pula tidak seharusnya membazirkan sumber-sumber yang sedia ada supaya generasi-generasi akan datang juga dapat menikmati kemudahan dan rezeki daripada sumber alam. Tahukah kalian semua bahawa kita dapat menggurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan keselesaan hidup kita? Bagaimanakah caranya? Pastinya bila kita mengamalkan amalan cekap tenaga. DEFINISI KECEKAPAN TENAGA Kecekapan tenaga merujuk k...