KECEKAPAN TENAGA
Di negara Malaysia,lebih daripada 90% tenaga yang digunakan adalah dari tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini pula dijanakan daripada sumber-sumber asas seperti tenaga hidro,gas asli,minyak mentah dan arang batu. Sumber-sumber ini yang dinamakan tenaga lazim akan luput mengikut peredaran masa kerana tenaga seperti ini tidak boleh diperbaharu. Oleh yang demikian, tenaga elektrik perlu digunakan secara cermat dan bijaksana. Manusia pula tidak seharusnya membazirkan sumber-sumber yang sedia ada supaya generasi-generasi akan datang juga dapat menikmati kemudahan dan rezeki daripada sumber alam.
Tahukah kalian semua bahawa kita dapat menggurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan keselesaan hidup kita? Bagaimanakah caranya? Pastinya bila kita mengamalkan amalan cekap tenaga.
DEFINISI KECEKAPAN TENAGA
Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran. Hal ini demikian,merujuk bahawa kita dapat menggunakan tenaga yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang serupa atau menikmati keselesaan yang sama.
BAGAIMANA KITA MEMBAZIRKAN ELEKTRIK?
- Penggunaan yang tidak cekap (penetapan suhu penyaman udara,beban penyejukan berlebihan)
- Penggunaan yang berlebihan (masa penggunaan/jumlah lampu)
- Penggunaan kelengkapan elektrik yang tidak cekap tenaga (lampu pijar)
- Tiada dasar /arahan jelas daripada pihak pengurusan tertinggi
MENGAPA KITA PERLU MEMELIHARA SUMBER TENAGA DENGAN CEKAP?
- Sumber bahan api semakin terhad/akan habis
- Keperluan semakin meningkat (Pertambahan penduduk,peralatan & kenderaan)
- Persaingan mendapat bekalan & sumber tenaga semakin sengit (Dalam negara dan antara negara)
- Harga bahan api semakin tinggi/mahal di pasaran tempatan dan global
- Kos penjanaan,penghantaran,pengagihan bekalan elektrik meningkat
LABEL CEKAP TENAGA
LABEL CEKAP TENAGA BAGI PERALATAN ELEKTRIK |
Apabila membeli peralatan elektrik, cara mudah untuk mengenal pasti peralatan yang cekap tenaga adalah melihat label tenaganya. Label tenaga melambangkan kadar pretasi penggunaan tenaga sesuatu peralatan elektrik. Di Malaysia, label tenaga telah digunakan untuk peti sejuk sejak tahun 2006. Skim pelabelan ini dilaksanakan di bawah seliaan Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama SIRIM.
Label cekap tenaga ini bertujuan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga. Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam menjimatkan tenaga. Label yang mempunyai taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.
Setakat ini label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu seperti peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas angin.Pengguna boleh membuat pilihan dengan melihat kepada taraf bintang pada barang elektrik tersebut. Label ini juga boleh membantu pengguna membuat perbandingan antara satu barang dengan barang yang lain.Pengiraan kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk ditentukan melalui kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga. Proses pengujian tersebut dijalankan oleh pihak SIRIM. Sekiranya pengujian tersebut lulus, maka Suruhanjaya Tenaga akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan taraf 1 hingga 5 bintang. Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.
Alat elektrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang kecekapan tenaga ialah peti sejuk,penyaman udara,televisyen dan kipas yang digunakan di rumah.
(Sumber: Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia)
KESAN PEMBAZIRAN TENAGA- Pembaziran wang untuk membayar bil elektrik.
- Meningkatkan kadar pemanasan gobal.
- Meningkatkan kadar pencemaran alam sekitar.
- Menjejaskan tahap keseimbangan (equilibrium) alam sekitar.
- Menjadi ikutan anak - anak.
- Memendekkan lagi jangka hayat peralatan dan sambungan - sambungan elektrik di rumah atau pejabat.
CADANGAN CARA-CARA PENGGUNAAN TENAGA SECARA CEKAP
- Menggunakan lampu penjimat tenaga (lampu kalimantang)
- Cabutkan plug peralatan elektrik untuk menjimatkan tenaga dan wang anda
- Mengosok pakaian dalam suatu masa
- Jimat tenaga dengan memastikan tingkap dan pintu ditutup ketika penyaman udara berfungsi
- Menggurangkan penggunaan minyak diesel,petroleum dan bahan yang tidak boleh diperbaharui
- Matikan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan
- Bersihkan penapis penyaman udara untuk lebih jimat dan lebih sejuk
MEMAHAMI KEPENTINGAN KECEKAPAN TENAGA
1. Memahami Kecekapan Tenaga
Kecekapan tenaga adalah satu tindakan yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama. Contohnya, di rumah dan bangunan-bangunan komersial. Ia bermakna, dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk memanaskan, menyejuk dan penggunaan tenaga lampu dalam bangunan. Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit. Penggunaan tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di kilang-kilang dan sektor pembuatan dalam mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama. Ia boleh dicapai dengan menggunakan motor yang lebih cekap tenaga, sistem "Drive", sistem udara mampat yang kecekapannya tinggi dan peralatan industri yang lain.
2. Mengapa Kecekapan Tenaga penting?
Penggunaan tenaga secara cekap akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk tenaga itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga/elektrik yang lebih rendah.
Faedah keseluruhan kecekapan tenaga ialah: a. Kos • Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit dan akan meningkatkan keuntungan yang tinggi. • Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing. b. Perlindungan alam sekitar • Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global. • Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih. • Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa pendek. c. Keselamatan bekalan • Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan. • membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan bekalan. • Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api diperlukan untuk membakar yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, arang batu dan gas. 3. Adakah kecekapan tenaga sama dengan penjimatan tenaga? Penjimatan tenaga tidak semestinya diterjemahkan kepada penggunaan tenaga yang cekap. Walau bagaimanapun, kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga, akan menjimatkan tenaga dan mengurangkan kos operasi. a. Kecekapan tenaga • Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi yang cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dab lain-lain. • Ia melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan untuk industri. b. Penjimatan tenaga • Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain. • Ia tidak melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja. Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor. |
(Sumber: Forum Air Malaysia) |
SEDA
SEDA ialah Sustainable Energy Development Authority yang berperanan untuk mentadbir dan menyelaras pelaksanaan mekanisme Feed in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011. Sejajar dengan wawasan untuk menggalakkan penggunaan tenaga mampan sebagai sebahagian daripada penyelesaian ke arah mencapai keselamatan tenaga dan autonomi.
FUNGSI SEDA
- Untuk melaksanakan undang-undang tenaga lestari dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang tersebut kepada Kerajaan Persekutuan
- Untuk mempromosikan dan melaksanakan objektif dasar negara untuk tenaga boleh diperbaharui
- Melaksanakan langkah-langkah untuk menggalakkan penyertaan awam dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perkara yang berkaitan dengan tenaga lestari
PENGUNAAN TENAGA
Pertamanya,peralatan elektrik menjadi lebih murah disebabkan industri yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak diberi diskaun. Industri yang mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama memaksimakan pengeluaran patut diberi ganjaran, kerana penggunaan tenaga per produk telah dikurangkan. Industri-industri yang melakukan kecekapan tenaga 'sebenar' melalui penyelesaian kejuruteraan patut digalakkan. Pengguna industri dan komersil perlu ditunjuk ajar dan digalakkan menggunakan penggunaan kapasitor (capacitor bank) oleh Penguatkuasaan faktor kuasa (Power Factor).
Keduanya,pelabelan kecekapan tenaga untuk barangan elektrik dan elektronik masih kurang memuaskan. Sehingga kini, label ini hanya digunakan untuk peti sejuk bagi pengguna domestik, dan Motor Kecekapan Tinggi (High Efficiency Motors-HEM) bagi pengguna industri. Hal ini menyebabkan pelabelan dan penguatkuasaan adalah penting untuk peralatan elektrik yang lain untuk memastikan pengguna dapat memilih barangan yang betul yang cekap dalam penggunaan elektrik.
Ketiganya,penggabungan sektor tenaga secara keseluruhan. Terlalu ramai agensi yang terlibat dalam industri ini. Satu agensi pusat sepatutnya berfungsi untuk sumber, penjanaan, bekalan dan harga. Agensi ini sepatutnya bekerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat supaya ia dapat berfungsi dengan berkesan serta elakkan agensi yang berfungsi sendiri (stand alone).
MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGGUNAAN TENAGA
Kenaikan harga minyak mentah akan menyebabkan subsidi terhadap petroleum dan sumber tenaga lain seperti elektrik meningkat. Adalah penting untuk setiap individu berjimat cermat dalam menggunakan sumber tenaga. Sektor swasta juga tidak boleh bergantung kepada subsidi untuk kekal kompetitif, sebaliknya perlu lebih cekap dan bijak dalam menggunakan sumber tenaga, termasuk dalam proses pengeluaran. Dengan itu, langkah akan diambil untuk menggalakkan pengguna lebih cekap dan bijak dalam menggunakan tenaga serta mengelakkan pembaziran. Walau bagaimanapun, Kerajaan komited untuk memastikan bahawa pengguna berpendapatan rendah tidak akan menanggung beban. Kerajaan akan menerajui usaha menjimat tenaga. Saya percaya masih ada banyak ruang untuk kita menjimatkan penggunaan tenaga. Semua agensi kerajaan diberi sasaran untuk mencapai 10 peratus penjimatan penggunaan tenaga pada tahun 2006.
Antara amalan yang membazir elektrik:
Antara amalan yang membazir elektrik:
- membiarkan alat penyaman udara berada pada suhu terlalu rendah
- membiarkan lampu terpasang apabila tiada orang di pejabat merupakan pembaziran semata-mata.
- menggunakan elektrik dengan kuantiti yang banyak
- membiarkan tingkap terbuka ketika penyaman udara berfungsi
Comments
Post a Comment