PANDUAN MEMBELI
PANDUAN MEMBELI
a.Peti sejuk
- Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga. Peti sejuk 550W akan menggunakan tenaga elektrik yang bernilai RM22.50 sebulan. Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlalu besar.
- Jangan lupa untuk mengenal pasti Energy Efficiency Ratio (EER) bagi peti sejuk. Data pada plat nama akan menunjukan maklumat tentang pengunaan kuasa bagi peti sejuk.
- Penyejuk beku jenis tegak menggunakan lebih banyak tenaga berbanding peti penyejuk jenis peti. Purata kos elektrik penggunaan penyejuk beku jenis peti dan tegak ialah masing-masing RM10 dan RM14 sebulan.
c.Cerek
- Pilih cerek elektrik yang saiznya bersesuaian dengan keperluan. Lebih besar saiz cerek,lebih lama masa yang diambil untuk memanaskan air. Oleh itu,penggunaan tenaga elektriknya adalah lebih tinggi.
d.Ketuhar Gelombang Mikro
- Ketuhar gelombang mikro menjadi pilihan kerana ia menggunakan tenaga yang kurang dan masak lebih cepat berbanding ketuhar elektrik biasa. Ia juga boleh memanaskan makanan kita dengan cepat dan boleh menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 10-25%
- Ketuhar gelombang mikro menjimatkan 75% tenaga berbanding ketuhar elektrik biasa kerana keperluan tenaganya yang rendah dan masa memasaknya yang singkat.
e.Pemanas Air
- Pilih pemanas air jenis segera ia kurang menggunakan elektrik berbanding pemanas air jenis takungan.
- Jika memerlukan pemanas air jenis takungan,pilih saiz yang bersesuaian
-Pemanas air yang takungannya 23-27 liter sesuai untuk keluarga 4-5 orang ahli.
-Tutupkan suis pemanas air setelah digunakan (gunakan takungan air panasnya).
- Pemanas air solar tidak menggunakan elektrik tetapi harganya agak mahal.
f.Mesin Basuh
- Pilih saiz mesin basuh yang bersesuian dengan keperluan keluarga.
- Mesin Basuh automatik jenis muatan atas menggunakan tenaga yang kurang daripada mesin automatik jenis muatan depan.
g.Seterika
- Seterika wap akan menggunakan lebih elektrik daripada seterika biasa.
- Gunakan seterika ringan untuk tujuan mengosok kerana ia lebih cepat panas dan kurang menggunakan tenaga. Seterika berat akan mengambil masa yang lebih lama untuk panas sebelum boleh digunakan.
h.Penyaman Udara
- Periksa kadar pengaliran udara (dinyatakan dalam sebutan kakipadu/min). Semakin besar kadarnya (antara 200-300 kakipadu/min bagi unit 1 hp) semakin cepat sejuk dan semakin baik pengaliran udaranya.
- Apabila hendak membeli sebuah penyaman udara sebaiknya nisbah kecekapan tenaganya iaitu EER dikenalpasti terlebih dahulu. EER bagi penyaman udara berkuasa kuda 1 hp adalah dalam lingkungan 8 hingga 10. Jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan penyaman udara biasanya dinyatakan dalam sebutan BTU (British Thermal Unit)/jam. 1 hp bersamaan dengan 9,200 BTU sejam.
i.Kipas
Perhatikan keefisienan pretasinya (Coefficient of Performance-COP) yang dinyatakan sebagai min meterpadu/W.
- Bagi sebuah kipas 80W kos penggunaanya ialah lebih kurang RM7 sebulan. Bagi mengurangkan kos penggunaannya anda dinasihatkan agar memilih kipas yang efisien memandangkan tempoh penggunaan kipas yang panjang iaitu sehingga 12 jam setiap hari.
j.Komputer
- Pastikan komputer mempunyai mod tidur.
- Monitor skrin rata lebih efisien daripada jenis tub katod.
- Komputer riba menggunakan 30% kurang tenaga berbanding komputer meja.
k.Lampu
- Beli lampu cekap tenaga dan boleh menjimatkan tenaga sehingga 80% bil lampu pada jangka masa yang panjang.
- Harga untuk lampu jenis cekap tenaga jenis lampu kalimantang mampat (CFL) walaupun ia mahal,namun ia akan lebih menjimatkan tenaga kerana rendah penggunaaan elektriknya.
- Gunakan lampu yang bersesuaian dengan keperluan. Contohnya,gunakan lampu yang lebih terang ketika membaca dan lampu yang malap ketika menonton TV.
- Seboleh-bolehnya gunakan suis fotoelektrik, pemalap dan penentu masa bagi penjimatan selanjutnya.
Terima kasih :)
ReplyDelete