FORMULA MENGGIRA KECEKAPAN TENAGA

FORMULA UNTUK MENENTUKAN KOS PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK
  • Kira jumlah penggunaan tenaga dalam unit kWj:
kWj = Kuasa (unit Watt)  Bilangan jam penggunaan (unit jam) 
                                          1000

kWj - unit pengukuran penggunaan elektrik
k     - 1000W = 1kW
w    - watt iaitu unit bagi pengukuran kuasa
j      - bilangan jam
  • Kira kos tenaga:
Kos tenaga = Tenaga (unit kWj) Kadar tarif elektrik (unit RM/kWj)


PENGGUNA LESTARI 1 (MENGIRA KOS KECEKAPAN TENAGA LAMPU)

Cuba kita buat pengiraan secara ringkas:

Penggunaan elektrik

*1 Watt x 24 jam x 365 hari = 8760 Wjam

                                            = 8.76 kWjam

*1kWjam adalah satu unit tenaga yang digunakan dan dikesan oleh meter elektrik. Oleh itu, harga seunit elektrik terendah adalah RM0.218


  • *Jumlah  penggunaan untuk satu lampu kecil adalah:
           8.76 kWjam x  RM 0.218 = RM 1.91

PENGGUNA LESTARI 2 (MENGIRA KOS KECEKAPAN
TENAGA PENGHAWA DINGIN)

*Jika 1 pendingin hawa  dengan 1 kuasa kuda(horsepower) menggunakan 1200 Watts tenaga elektrik
untuk operasi. Manakala pendingin hawa 20% cekap tenaga menggunakan  960 Watts tenaga elektrik
untuk operasi, kaedah pengiraan luas kecekapan tenaga seperti berikut:

  
Bil tahunan adalah :

Biasa                      =1.2 kW 365 hari x 7 jam RM 0.25 (kadar per kWj) = RM 766.50


Cekap Tenaga      =0.96 kW 365 hari x 7 jam RM 0.25 (kadar per kWj)=Rm 613.20



Pengiraan ringkas ini menunjukkan setiap tahun  kita dapat menjimat sebanyak RM153.30 dalam
bil elektrik dalam bil elektrik, jika menggunakan pendingin hawa yang cekap tenaga.


PENGGUNA LESTARI 3 (MENGIRA KOS KECEKAPAN
TENAGA MESIN BASUH)

Pembaziran tenaga elektrik dan air akan berlaku apabila membasuh pakaian hanya separuh 
muatan. Umpamanya mencuci hanya sepasang seluar ataupun beberapa helai baju kemeja.
Kumpulkan pakaian basuhan sehingga penuh mesin kerana penggunaan tenaga elektriknya 
hampir sama.

Contoh pengiraan kos kecekapan mesin basuh:

*Dalam masa setahun penjimatan yang dapat dibuat oleh seorang pengguna  mesin basuh adalah = RM 8.40

*Jika terdapat 500,000 pengguna mesin basuh ini, jumlah penjimatan adalah =RM 4,200,000.00

*Jumlah tenaga yang tidak terbazir adalah (kWj) = 19,266,055 kWj.

*Jika purata pengguna menggunakan kurang daripada 200 unit tenaga sebulan, iaitu bil bulanan kurang daripada RM 43.60,bilangan pengguna yang dapat menikmati tenaga ini adalah = 96,330 buah rumah untuk sebulan.






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KECEKAPAN TENAGA

PANDUAN MEMBELI