PANDUAN MEMBELI
PANDUAN MEMBELI a.Peti sejuk Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga . Peti sejuk 550W akan menggunakan tenaga elektrik yang bernilai RM22.50 sebulan. Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlalu besar . Jangan lupa untuk mengenal pasti Energy Efficiency Ratio (EER) bagi peti sejuk. Data pada plat nama akan menunjukan maklumat tentang pengunaan kuasa bagi peti sejuk. b.Penyejuk Beku Penyejuk beku jenis tegak menggunakan lebih banyak tenaga berbanding peti penyejuk jenis peti . Purata kos elektrik penggunaan penyejuk beku jenis peti dan tegak ialah masing-masing RM10 dan RM14 sebulan. c.Cerek Pilih cerek elektrik yang saiznya bersesuaian dengan keperluan. Lebih besar saiz cerek,lebih lama masa yang diambil untuk memanaskan air . Oleh itu,penggunaan tenaga elektriknya adalah lebih tinggi. d.Ketuhar Gelombang Mikro Ketuhar gelombang mikro menjadi pilihan kerana ia menggunakan tenaga yang kurang dan masak lebih cepat...